Thursday 11 December 2014

ISU : HAK WANITA

Wanita merupakan insan yang sinonim dengan perkataan 'lemah' dalam masyarakat kita. Dari zaman jahiliah hinggalah kini hak dan nasib wanita sering ditindas. Sedangkan Islam itu sendiri mengangkat martabat wanita. Namun begitu, golongan wanita di Malaysia bertuah kerana hampir segala hak utama yang dikehendaki dibela. malahan, kerajaan kita sedang berusaha gigih untuk memartabatkan hak wanita dengan pelbagai penubuhan jabatan dan dasar. 
Diskriminasi wanita di Malaysia tidak berlaku. Wanita mendapat hak yang sama dari segi pekerjaan, bidang politik, ekonomi, hak bersuara, belajar dan sebagainya. Malah, kerajaan Malaysia menetapkan bahawa menjelang tahun 2020, 30 peratus daripada pembuat dasar kerajaan melibatkan golongan wanita.  

Terdapat beberapa hak wanita yang diperjuangkan oleh wanita seluruh dunia. Antaranya ialah :

  • Hak untuk berkahwin
  • Hak untuk bekerja
  • Hak untuk mendapat harta
  • Hak dalam poligami
Petikan Al-Quran dan Hadith yang berkaitan dengan wanita. Dalam Surah Ali-Imran ayat 195, Allah berfirman yang bermaksud :..."Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari sesetengahnya yang lain"... Begitu juga dalam Hadith, Rasullulah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Wanita adalah pemimpin rumahtangga suaminya, dan akan ditanya tentang pimpinannya." Berdasarkan ayat al-Quran dan Hadith tersebut, jelas menunjukkan bahawa Islam memartabatkan kaum wanita. Islam tidak membezakan mereka dengan kaum lelaki khususnya dalam perkara yang melibatkan ibadat. Mereka masing-msing mendapat pahala disisi Allah mengikut amalan masing-masing.



kes berkaitan pembelaan hak wanita : 
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0825&pg=ke_01.htm&sec=Keluarga&y=2010

0 comments: